" New Day, New Challenge, New Evolution "

Tuesday, September 29, 2009

Video muzik pilihan.....

Glenn Fredly - Happy Sunday



Glenn Fredly - Salam Bagi Sahabat

Read More...

Friday, September 18, 2009

kepada semua pengunjung blog ini,geliga mengucapkan salam aidilfitri

Read More...

HARI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN : HARI PEMBEBASAN AL-QUDS !



[HARI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN : HARI PEMBEBASAN AL-QUDS !- setiap hari akhir jumaat pada setiap bulan ramadhan kerajaan islam IRAN mengistiharkan sebagai hari pembebasan al-quds.Sambutan ini dibuat secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti...

Ianya berbeza dengan di malaysia kerana masyrakat islam disini hanya mengikut musim dimana jika terjadinya peristiwa "berdarah " di palastine baru lah mereka "memekak" , berhimpun sana sini tetapi tiada tindakan proaktif jangka panjang yang diambil untuk membebaskan al-quds...
renung-renungkanlah-salam hari pembebesan al-quds dr geliga']

Sejarah Pembebasan Al-Quds Yang Mulia (Tahun 583 Hijrah)
Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin mencapai kemenangan di Hatin, tentera Islam mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan kota Salib sehinggalah sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu objektif sebenarnya yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam untuk mencapainya ialah pembebasan Al-Quds (Baitulmuqaddis) dan kongkongan musuh-musuh Islam.

Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitulmuqaddis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds, di mana beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan harta mereka.

Diambil daripada http://www.al-islam.com

Read More...

Wednesday, September 16, 2009

HARI MALAYSIA

[Sambutan hari malaysia iaitu pada tarikh 16 september merupakan satu tarikh keramat dimana berlaku kemasukkan negeri sabah dan serawak ke dalam malaysia dan geliga' berharap supaya semua rakyat malaysia menyambut HARI MALAYSIA pada setiap 16 september setiap. 1 MALAYSIA-----geliga']

Read More...

Tuesday, September 15, 2009

...::Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah::...

[Khas buat WANITA....sebagai renungan dan pengajaran.....geliga']

Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami .Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.
smbr:-http://www.kasihkekasih.blogspot.com/

Read More...